Modul 1 · Kursus Asas

TSA Modul 1 — TSA Essential

Asas teori & praktikal Terapi Sentuhan Ajaib. 31 pelajaran video, langkah demi langkah — bermula dari sifar.

RM300 · bayar sekali, akses seumur hidup
Daftar Sekarang Tanya dahulu
🎁
PROMO — Beli Modul 1 + Modul 2, Tune-Up PERCUMA Lengkapkan TSA Modul 1 dan TSA Modul 2, dan kursus TSA Tune-Up — Postural Massage (biasa RM150) dibuka untuk anda PERCUMA — akses kekal. Hadiah diberi automatik selepas bayaran Modul 2 disahkan; tiada kod perlu dimasukkan.
Kulit kursus TSA Modul 1
Siapa sesuai

Siapa Yang Sesuai Mengikuti Modul 1?

Direka untuk pembelajaran asas — sama ada bagi kegunaan keluarga atau sebagai kemahiran tambahan.

🏠

Ibu bapa & penjaga

Belajar asas TSA untuk membantu keluarga di rumah dengan teknik yang tersusun.

💆

Pengamal terapi & urut

Tambah teknik sentuhan ringan dalam kemahiran terapi yang sudah dimiliki.

🌱

Bermula dari sifar

Tiada pengalaman awal diperlukan. Pembelajaran bermula daripada pengenalan dan teori.

Sukatan

Apa Yang Akan Dipelajari

  • Memahami pengenalan, falsafah, kelebihan dan kontraindikasi TSA
  • Menyediakan ruang dan pendekatan terapi yang lebih tersusun
  • Mempelajari TSA 1, TSA 2 dan TSA 3 melalui demonstrasi praktikal
  • Mempraktikkan teknik cabang pada sulbi, bahu, siku, lengan, paha dan lutut
  • Mengulang kaji teknik melalui video mengikut masa sendiri
  • Mengetahui batas kursus dan bila perlu mendapatkan bantuan profesional
Apa anda dapat

Termasuk Dalam Kursus

31 pelajaran

Teori dan praktikal, langkah demi langkah.

Video pembelajaran

Boleh ditonton berulang kali di telefon atau komputer.

Teknik asas seluruh badan

Pegangan, tekanan dan titik penting yang tersusun.

Akses seumur hidup

Bayar sekali — akses video kekal selagi platform beroperasi.

Sijil penyertaan disediakan selepas kursus diselesaikan. Sijil ini adalah rekod pembelajaran sahaja — bukan tauliah, lesen atau pendaftaran profesional untuk mengamalkan apa-apa jenis terapi, dan bukan kelayakan di bawah pendaftaran PT&K KKM.
Soalan lazim

Soalan Lazim Modul 1

Perlukah saya ada pengalaman terapi?

Tidak. Modul 1 dibina untuk pelajar yang bermula dari sifar serta pengamal terapi yang mahu menambah kemahiran.

Berapa lama akses video diberikan?

Akses diberikan seumur hidup selagi platform e-learning TSA beroperasi. Setiap video boleh ditonton semula mengikut masa sendiri.

Adakah saya menerima sijil?

Ya, sijil penyertaan disediakan selepas kursus diselesaikan. Sijil ini adalah rekod pembelajaran sahaja — bukan tauliah, lesen atau pendaftaran profesional untuk mengamalkan apa-apa jenis terapi, dan bukan kelayakan di bawah pendaftaran PT&K KKM. Untuk tauliah profesional, ia hendaklah diperoleh daripada pusat/institusi yang berdaftar — kursus ini hanya memberikan teknik dan alat (tools). Jaluran bertauliah yang berkenaan ialah urutan sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Adakah pembelajaran boleh dibuat melalui telefon?

Ya. Platform e-learning TSA direka untuk telefon dan komputer, lengkap dengan progress, senarai pelajaran dan ruang soal jawab.

Mulakan Asas TSA Hari Ini

Modul 1 — TSA Essential · RM300 · akses seumur hidup

Daftar Modul 1 — RM300 Lihat kursus lain