Bantuan

Soalan Lazim

Kalau soalan tuan/puan tiada di sini, tanya kami di WhatsApp.

Tentang kursus

Perlukah saya ada pengalaman terapi?

Tidak. Modul 1 dibina untuk pelajar yang bermula dari sifar serta pengamal terapi yang mahu menambah kemahiran.

Apakah perbezaan antara modul utama dan modul pelengkap?

Modul utama (Siri Core, Reflex, Light Touch) disusun bertahap. Modul pelengkap seperti Tune-Up, Cranial dan Bio-Energetic boleh dibeli terus tanpa prasyarat.

Bagaimana peraturan belian modul?

Dalam siri yang sama, modul dibeli ikut urutan — contohnya Modul 1 dahulu, kemudian Modul 2. Modul dalam siri berbeza boleh dibeli terus, dan modul pelengkap tiada prasyarat.

Saya sudah ada Modul 1 di tempat lain — boleh terus beli Modul 2?

Boleh. Beritahu kami di WhatsApp dan kami akan bantu buka akses supaya anda tidak terhalang oleh urutan.

Akses & pembelajaran

Berapa lama akses video diberikan?

Akses diberikan seumur hidup selagi platform e-learning TSA beroperasi. Setiap video boleh ditonton semula mengikut masa sendiri.

Boleh belajar melalui telefon?

Ya. Platform e-learning TSA direka untuk telefon dan komputer, lengkap dengan progress, senarai pelajaran dan ruang soal jawab.

Ada kelas bersemuka atau personal coaching?

Buat masa ini pembelajaran sepenuhnya online. Untuk bimbingan peribadi, tanya kami di WhatsApp.

Bayaran & sijil

Bagaimana cara bayaran?

Selepas mengisi borang pendaftaran, kami akan hubungi anda di WhatsApp dengan arahan bayaran. Akses kursus dibuka selepas bayaran disahkan.

Adakah saya menerima sijil?

Ya, sijil penyertaan disediakan selepas kursus diselesaikan. Sijil ini adalah rekod pembelajaran sahaja — bukan tauliah, lesen atau pendaftaran profesional untuk mengamalkan apa-apa jenis terapi, dan bukan kelayakan di bawah pendaftaran PT&K KKM. Untuk tauliah profesional, ia hendaklah diperoleh daripada pusat/institusi yang berdaftar — kursus ini hanya memberikan teknik dan alat (tools). Jaluran bertauliah yang berkenaan ialah urutan sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Boleh saya dapatkan wang kembali?

Sila hubungi kami di WhatsApp untuk perbincangan — kami akan bantu sebaik mungkin.

Masih Ada Soalan?

Kami sedia membantu — terus di WhatsApp.

Tanya di WhatsApp Lihat semua kursus